Wednesday, April 27, 2011

It's day 7 ma kat hospital..Progress dari hari ke hari semakin memberansangkan.. Ma dah mule boleh respons bila kita cakap n tanya ngan die. Walaupun susah nak faham apa yang ma cakap (sort of humming), tapi bila tengok ma dah boleh bagi respons, sudah sangat menggembirakan kami..

Menurut Doktor, ma sepatutnya dah boleh discharge kalau dah x demam + cirit birit..maybe few days lg boleh balik la kot..Pharra dah start bekerja since 26th, walaupun berat nak tinggal ma..i have to.. terpaksa la cekal n tabahkan hati..Lucky ade ira dapat tengok-tengok kan ma bergilir-gilir ngan akim..

Tiap2 hari, pharra akan call hp ira n cakap ngan ma..walaupun tau susah nak faham ape yang ma cakap, bagi pharra itu mungkin boleh jadi terapi untuk ma..maybe it can work as a training for her to speak..ada mase agak kecoh jugak ma 'bercakap'..sangat kesian bile kite x dapat faham ape yang die cakap..haaaiiissshhh..

Today is Haikal birthday, sangat kesian adik bongsu pharra ni..baru plan ngan adik2 nak wat surprised besday party untuk ma (12 apr), haikal (27 apr) n abah (28 apr)..nampaknya terpaksa la kami postpone sehingga ma sihat sikit..

Hati sangat gundah gulana bile memikirkan keadaan ma sekarang..Terasa sangat lain sebab selalunye tiap -tiap hari bile kat ofis, dalam kul 11am pharra akan call ma untuk bertanya khabar..memang rasa macam ada task yang x complete bile selagi xdengar suara ma..tapi masuk hari ni, dah 7 hari x dengar gelak tawa n gurau senda ma..terasa sangat sunyi...semoga dari hari ke hari, keadaan ma akan beransur pulih..Pharra dah mula memikirkan untuk memohon bertukar ke Kuantan..mudah-mudahan dipertimbangkan oleh Pengarah.. Amiiinn..


Ma....Kau Satu Satunya

Oh... siapalah diri aku ini
Tanpamu.. dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi

Kau bagiku... satu-satunya
Padamulah ku meminta, ke bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi

Dengan sinaran kasihmu
Kian terancang dihidupku
Tiada lagi keraguan
Kau bagiku kekuatan
Mana jua kau berada
Ditemani cahaya cinta

Sejak dirimu ku dekati
Diri ku ini ku kenali
Hanya engkaulah sesungguhnya
Tiada dua

Di cermin kaca ku memandang
Diri ku serba kekurangan
Namun bagimu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta, bukan nama, bukan rupa

Kau... bagi diriku satu-satunya
Ku meminta, ke bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi...

Monday, April 25, 2011

Dugaan Lagi..

Ya Allah Ya Tuhanku..Kau datangkan kepada kami dugaan yang amat berat, dan kami redha dengan ketentuan Mu Ya Allah..dan Kau berikanlah petunjuk kepada kami Ya Allah..

Yupp.. sangat tak tertanggung..tp kite sebagai insan yg lemah, the best thing we have to do..SABAR..
 Dugaan yang amat berat bagi kami sekeluarga bile melihat ibu  kesayangan kami (Ma) terbaring lesu di hospital disebabkan serangan strok..Hari ni genap la 5 hari Ma terlantar di hospital selepas dimasukkan ke wad pada 20 April 2011 yang lalu..Hati sape yang x tersentuh bile melihat ibu kesayangannya yg pada mulanya sangat ceria dan bersemangat dalam sekelip mata terlantar lemah di hospital..Lebih menyedihkan bila ibu yang sangat aktif ke sana ke mari, yang selalu ceria dan murah dengan senyuman sekarang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, mahu pun berjalan disebabkan bahagian sebelah kanan badan yang xmampu berfungsi seperti biasa..Lebih menyayat hati apabila melihat ibu merengek setiap kali 'erk erk' n minta ditukarkan lampin,,aaarrrgghh!!! Tiada kata dapat aku luahkan setiap kali melihat Ma merengek apabila luka dibahagian belakang punggung (melecet akibat terlalu lama terbaring) tertanggal balutannya..Tanpa sedar, airmata ini menitis juga melihat ma yang xberdaya setiap kali proses menukar lampin dibuat..AArrgghh sangat-sangat kesiannn!!!! huuuuaaaaaaaaa...


Abah masih berwajah tenang, walau kadang-kala aku juga nampak tangisan di wajahnya..Pernah sekali sekala terdengar abah mengadukan kepada kawan2 yg bertanya khabar Ma melalui telefon...Namun di hadapan kami adik beradik, abah sangat tenang..mungkin dia xmahu kami lemah semangat.. Walau ade sesetengah orang menyalahkan abah di atas kejadian ini, tp jauh disudut hati aku, tidak menyalahkan sesiapa lebih-lebih abah sendiri..Bagi aku, itu adalah Ketentuan Allah, n siapalah kita untuk melawan takdirnya.

Arrggghhh... dalam kepala ni ade macam-macam terbelit n sangat kusut.. Hati memang sudah tidak ada di temerloh mahupun di Bera. Kalau boleh sepanjang masa nak duduk dengan ma je..Nak tengok progress ma hari2..Tapi, aku masih beruntung kerana adik2 sangat2 membantu dan kuat semangat..Yang paling penting, adik2 sangat bekerjasama dalam usaha merawat ma untuk pulih seperti biase.

Terima Kasih kepada sesiapa yang mendoakan kesejahteraan Ma..Buat family dan rakan2, terima kasih diatas sokongan dan bantuan kalian..Semoga ma cepat sembuh..Amin..

sori xmampu nak snap picas ma sedang sakit..