Ya Allah Ya Tuhanku..Kau datangkan kepada kami dugaan yang amat berat, dan kami redha dengan ketentuan Mu Ya Allah..dan Kau berikanlah petunjuk kepada kami Ya Allah..
Yupp.. sangat tak tertanggung..tp kite sebagai insan yg lemah, the best thing we have to do..SABAR..
Dugaan yang amat berat bagi kami sekeluarga bile melihat ibu kesayangan kami (Ma) terbaring lesu di hospital disebabkan serangan strok..Hari ni genap la 5 hari Ma terlantar di hospital selepas dimasukkan ke wad pada 20 April 2011 yang lalu..Hati sape yang x tersentuh bile melihat ibu kesayangannya yg pada mulanya sangat ceria dan bersemangat dalam sekelip mata terlantar lemah di hospital..Lebih menyedihkan bila ibu yang sangat aktif ke sana ke mari, yang selalu ceria dan murah dengan senyuman sekarang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, mahu pun berjalan disebabkan bahagian sebelah kanan badan yang xmampu berfungsi seperti biasa..Lebih menyayat hati apabila melihat ibu merengek setiap kali 'erk erk' n minta ditukarkan lampin,,aaarrrgghh!!! Tiada kata dapat aku luahkan setiap kali melihat Ma merengek apabila luka dibahagian belakang punggung (melecet akibat terlalu lama terbaring) tertanggal balutannya..Tanpa sedar, airmata ini menitis juga melihat ma yang xberdaya setiap kali proses menukar lampin dibuat..AArrgghh sangat-sangat kesiannn!!!! huuuuaaaaaaaaa...
Abah masih berwajah tenang, walau kadang-kala aku juga nampak tangisan di wajahnya..Pernah sekali sekala terdengar abah mengadukan kepada kawan2 yg bertanya khabar Ma melalui telefon...Namun di hadapan kami adik beradik, abah sangat tenang..mungkin dia xmahu kami lemah semangat.. Walau ade sesetengah orang menyalahkan abah di atas kejadian ini, tp jauh disudut hati aku, tidak menyalahkan sesiapa lebih-lebih abah sendiri..Bagi aku, itu adalah Ketentuan Allah, n siapalah kita untuk melawan takdirnya.
Arrggghhh... dalam kepala ni ade macam-macam terbelit n sangat kusut.. Hati memang sudah tidak ada di temerloh mahupun di Bera. Kalau boleh sepanjang masa nak duduk dengan ma je..Nak tengok progress ma hari2..Tapi, aku masih beruntung kerana adik2 sangat2 membantu dan kuat semangat..Yang paling penting, adik2 sangat bekerjasama dalam usaha merawat ma untuk pulih seperti biase.
Terima Kasih kepada sesiapa yang mendoakan kesejahteraan Ma..Buat family dan rakan2, terima kasih diatas sokongan dan bantuan kalian..Semoga ma cepat sembuh..Amin..
sori xmampu nak snap picas ma sedang sakit..
sabar ye long..
ReplyDeletemoga ngah cepat sembuh...
rindu sgt2 kat ngah..
tu la..mmg kene kuatkan semangat betul..aminn
ReplyDelete